Friday, September 11, 2009

Pengalaman Mematangkan..

meniti kehidupan selaku mahasiswa di kampus dahulu & sekarang, cukup berharga untuk diabadikan dalam diari kehidupan. dalam usaha terus mencari ilmu bagi meningkatkan martabat diri, keluarga, bangsa dan agama, kita trus bermain dan bergelut dgn jutaan gelagat dan telatah para sahabat, tenaga pendidik dan seluruh golongan yang terlibat dalam melahirkan seorang mahasiswa yang unggul (mungkin~)...

berada di pertengahan sem pertama tahun kedua, bukanlah sesuatu yang amat mudah mahupun amat sukar memandangkan pengalaman ketika pengajian diploma di sini selama 3 tahun banyak menjadi mahaguru. dalam seminggu lagi, semua akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut kehadiran syawal. selepas itu, kembali seperti biasa menamatkan sisa sem pertama sidang akademik kali ini yang tinggal....

melalui sesi pertama ini, sudah banyak suka duka ditempuhi. namun, azam untuk terus berjaya tetap kukuh di sanubari. menjanjikan yang lebih baik untuk ayahanda dan bonda di istiadat konvokesyen ke-7 nanti... berhadapan dengan tenaga pendidik yang kebanyakkan sudah mengenali hati budi kita sedikit sebanyak membantu dalam memudahkan sesi pembelajaranku..

mungkin tanpa sedar aku menitipkan entri kali ini... mungkin tiada kaitan dengan tajuk entri yang disampaikan.... tapi aku yakin, ramai bersetuju... sesungguhnya pengalaman yang kita lalui banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar...

Saturday, September 5, 2009

GNU LINUX OS SYSTEM

buntu???

whoaaa.. bakal berlaku anjakan paradigma yang baru dlm life aku hari ni~ hik3..
skrg ini beta sedang berada dlm GNU LINUX OS SYSTEM WORKSHOP~
gilaaa kau... dekan aku yang ensem lagik macho, Dr. Bad itu suruh kami BERTAUBAT!! haha... nak tahu nape?? sbb selama ni suke guna OS ( short form kpd operating system pd yg tahu~ ;p weekk!) , software dan sekeluarga dgn nya yang PIRATE punya. semua x mampu nak beli yang ori~ kih3...

so start pd ari ni, marilah kita sama2 bertaubat. gunakan OPEN SOURCE SOFTWARE! percuma jer.. sape nak installer meh mintak kat aku meh.. hik3..
tp kena la belaja mcm mn nak guna OS ni dulu.... workshop ini akan berlangsung selama 2 hari.. berkubang laa dlm MKR2 nih. ngeh2

oke... bakal bersmbung kelak.. sbb break da abes~ adios!!