Saturday, May 16, 2009

Penghargaan!

Melangkah ke 16 Mei nih, teringat zaman sekolah dulu2 pulak.. meriah dengan sambutan hari guru. kalau masa sekolah rendah tu tade 'pitih' lagik nak beli adiah kat cikgu2, tp bile dah sekolah menengah tu da pandai dah... masa ni la boleh buli cikgu puas2.. seronok bile kenang balik... mcm2 gelagat ade cikgu2 aku nih..


tapi walau mcm mn sekalipun mereka,aku ttap mghargai mereka seadanya...tanpa mereka, x mungkin aku akan dapat smpai ke takat ini hari ini... antara kite sedar atau tidak, insan yang bergelar guru inilah yang mampu melahirkan perdana menteri, doktor, peguam dan sebagainya... lihat, hebat kan cikgu2 nih sebenarnya!
buat semua insan yang pernah menabur ilmu buat diri kerdil ini, terima kasih cikgu!
jasa anda tidak akan dpt dibalas dengan harta benda~
sek rendah : cikgu Hasnul, cikgu Fairos, Ust. Zaki, cikgu Mazlan, cikgu Lah.. dan yang lain2.. x ingat dah nama
sek men : Ust. Abdullah, cikgu azman, ckgu norma, ckgu nordin, ckgu roshieda, ckgu roslee, t-cher ida, ckgu nazri, ckgu leman, cikgu amin, dan semua guru yang mengenali diri ini selama di Sek. Men.Keb Teloi Kanan dan MRSM Beseri, Perlis.

to all teachers in da world, appy teacher day!!!


Monday, May 11, 2009

Appy Mother Day Ibu!!

tinta pada kali ini khas ditujukan buat insan yang terlalu banyak b'korban untuk diri ini... insan yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan.. yang telah bertarung dengan maut semata-mata ingin memberikan kesempatan buatku hidup di bumi ini.. buat insan yg tak lena tidur apabila aku demam... berjaga lewat malam semata-mata untuk memastikan aku tidur tanpa digigit nyamuk.. buat insan yang sanggup bkerja dari pukul 4 pagi hingga ke 7mlm smata untuk mencari duit persekolahan kami... buat insan yang sanggup membuat segalanya demi sayangkan anaknya itu....

thanks mom!!
u have been a very vey very great mom to me!!
may god will always bless u.. =)

buat ibu tersayang, thanks ibu!! Ibu banyak mengajar anak-anak ibu supaya menjadi manusia yang benar-benar manusia.. Dulu masa abang dan saya kecik2 lagi, ibu pernah berpesan....

"anak-anak ibu, ibu tade harta nak diberikan kpd kamu semua. kita orang susah. ibu hanya mampu sekolahkan kamu semua untuk mencari ilmu.. belajar lah selagi mana kamu boleh belajar. kerana ilmu itulah harta paling berharga daripada ibu.."

Sehingga ke hari ini, pesanan itu masih kukuh di ingatan ini. Dan percayalah ibu, anak-anak ibu tak pernah mensia-siakan keringat ibu dan ayah membanting tulang empat kerat untuk membesarkan kami... kerana kesusahan itu yang mengajar anak-anak ibu supaya menjadi orang yang berguna pada hari ini.

Buat semua insan yang bergelar ibu di dunia ini, HAPPY MOTHER'S DAY to ALL of U~ Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itulah membuatkan kita semua mampu berdiri gah pada hari ini.............